Jodoh Musim Kedua - Jodoh 2

Sinopsis Jodoh 2

Drama Jodoh 2 adalah sambungan siri Jodoh pertama. Untuk musim baru ini, Nora dan Mr Chee mengambil keputusan untuk menyuntik elemen yang lebih ‘panas’ dan menarik untuk membuat rancangan ini tidak membosankan dan menamakannya sebagai ‘Jodoh: Wanita atau Harta?’

Untuk musim ini, pencari jodohnya adalah seorang gadis yang dipikat seramai 10 peserta lelaki. Lebih menarik, hadiah wang tunai sebanyak RM1 juta ditawarkan.

Bagaimanapun, dalam musim Jodoh kali ini, peserta lelaki yang akhirnya dipilih oleh Gadis Jodoh akan diberikan pilihan sama ada ingin mengahwini Gadis Jodoh dan berkongsi RM500,000 atau memilih untuk mengambil RM1 juta dan tidak berjumpa dengan gadis tersebut selama-lamanya.

Apabila pengumuman untuk rancangan Jodoh dibuat, Nik Fahmi (Fadlan Hazim), seorang pengusaha muda yang terdesak untuk menambah duit modal untuk menaikkan perniagaannya, mengambil keputusan untuk menyertai rancangan berkenaan. Namun, segala-galanya menjadi rumit apabila Nik pula jatuh hati dengan Gadis Jodoh iaitu Zara (Hanis Zalikha).

Gambar Jodoh Musim Kedua - Jodoh 2

Jodoh 2 – drama Astro Ria & Maya HD, jodoh musim kedua

Jodoh 2 – drama Astro Ria & Maya HD, jodoh musim kedua

Pelakon Jodoh 2

Hanis Zalikha (Zara), Fadlan Hazim (Nik Fahmi), Jannah Nik (Elle), Alif Aziz (Syed Azmi), Mustaqim Mohamed (Zulkifli), Ku Hariz (Megat) dan Susan lankaster (Nora).


Saksikan drama Jodoh 2
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Maya HD 135

No comments:

Post a Comment